Mahram Anak di Luar Nikah

Pertanyaan:

Assalamu`alaikum wr. wb.

Ada seorang wanita yang mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan dari perkahwinan yang halal. Setelah kematian suaminya, mendapat anak perempuan luar nikah dari hubungan dengan lelaki lain.

Soalan:
1)Adakah si anak lelaki (dari perkahwinan yang halal) itu mahram bagi si anak perempuan luar nikah itu?
2)Adakah saudara lelaki dan pakcik bagi perempuan(si ibu) itu mahram bagi anak perempuannya yang luar nikah?

Wassalam

Md. Kamil Ahmad

Jawaban:

Assalamu`alaikum wr. wb.

Dalam al-Qur'an surat al-Nisa' ayat 23 dan seterusnya diterangkan tentang siapa saja yang menjadi mahram. Silakan tengok.

Jawaban bagi soalan Anda adalah:

1. Ya. Anak laki-laki tersebut merupakan mahram bagi perempuan yang lahir di luar nikah. Bukankah mereka saudara kandung, satu ibu. Meskipun berlainan ayah. Mereka adalah sedarah, dari ibu yang sama.

2. Ya. Saudara laki-laki dan pakcik dari ibu yang melahirkan anak di luar nikah tetap menjadi mahram bagi si anak. Mereka tak diperkenankan menjalin hubungan pernikahan. Bukankah ibu yang melahirkan anak tersebut tetap menjadi saudara dan kemenakan bagi mereka.

Anak yang lahir di luar nikah memiliki hubungan mahram kepada pihak ibu–termasuk saudara-saudara dari pihak ibu, tapi tak memiliki hubungan mahram kepada pihak ayah–termasuk saudara-saudara dari pihak ayah.

Wallahu a`lam. Semoga membantu.

Wassalamu'alaikum wr. wb.

Shocheh Ha.